Parti Warisan Malaysia (Warisan) akan terus memperkuatkan jenteranya di Lahad Datu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun Ahli Parlimennya Mohamaddin Ketapi telah meninggalkan parti itu.<br /><br />Presiden Warisan, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata kekuatan parti di kawasan itu masih stabil dan Warisan yakin dapat menang kerusi Parlimen Lahad Datu dalam PRU-15 nanti.
